Monday, December 27, 2010

KOR SUKSIS [1]

Assalamualaikum..
“Sesungguhnya orang-orang mu’min itu bersaudara kerena itu damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertakwalah kepada Allah SWT supaya kamu mendapat rahmat.”
(Al-Hujurat : 10)

Alhamdulillah.Syukur dan tahmid di rafa'kan buat Pencipta sekalian Alam.. Dalam setiap hela  nafas, saya masih di kurniakan nikmat sihat. Alhamdulillah..
Selesai sahaja exam..Saya Teramat Busy..hehe

13-18 dec 2010 :

 Out to Pusat Latihan Polis Bantuan, Felda Bukit Rokan di Gemencheh, Negeri Sembilan.

 Saya  menghadiri Kursus Etika dan Pengurusan Integriti, Alhamdulillah, Jadual  Kursus tidaklah se'fit' mana. Masih ada ruang untuk solat berjemaaah dan pakaian pun agak "mesra alam" untuk di pakai. Alhamdulillah..
saya senang untuk bergaul dan berta'ruf dengan adik beradik baru SUKSIS meskipun kami berbilang agama dan bangsa.
Aktiviti yang di sajikan oleh Fasilitator amat berkesan! Sekalung tahniah buat barisan jurulatih dan fasilitator yang membimbing kami. Satu-satu nya Slot yang amat menberi kesan kepada saya slot   Belon Kesayanganku.. Mengapa? 

Slot ini amat menghiburkan. bermula dengan meniup belon , bertukar dengan rakan lalu memecahkan belon yang ada!
Haha... Di sinilah yang mencerminkan peribadi kita.. walau pun saya juga turut memecahkan belon tersebut.. Hihi..
 Anologi : Belon - Amanah 

Kita punya banyak  AMANAH yang harus di jaga

1. Amanah Sebagai Hamba

"Tidak Aku (Allah) jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepada-Ku."
 -[Surah az-Zariyat: ayat 56]

2.Amanah Sebagai Khalifah

Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, " Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah dimuka bumi." [Al Baqarah: 30]

3.Amanah kepada manusia


Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka; di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik.
[‘Ali ‘Imran, 3 : 110]

Banyak lagi amanah yang belum di nyatakan,amanah kita sebagai anak, mahasiswa ,terlalu banyak untuk di perjelaskan

KEPIMPINANAN DALAM ORGANISASI

Kursus ini menanam sikap untuk bekerja dalam organisasi. Kebanyakan LDK yang kami lakukan adalah dalam kumpulan. Jelas, Ketua memainkan peranan penting dan ahli kumpulan perlu mendokong dan membantu ketua kumpulan. Bertepatan sekali dengan sabda Rasulullah S.A.W.
“Hendaklah kamu berada dalam jamaah (kumpulan)a kerana sesungguhnya berjemaah itu rahmat sedang perpecahan itu adalah azab”

AKU DAN PERUBAHAN

Ini merupakan satu Slot berbentuk pertandingan di mana setiap individu di berikan 4 pilihan iaitu Lagu, Syair, sajak dan pantun dengan tajuk yang sama "AKU DAN PERUBAHAN"
Jelas sekali,Fasilitator dan Jurulatih mengharap perubahan kepada kami setelah mengikuti kursus Etika ini, Perubahan dari segi mental, sikap, dan disiplin. Dan add value sebagai persediaan kita sebagai mahasiswa yang bakal mengganti tampuk pimpinan negara kelak.

    Perubahan bermula dari individu itu sendiri, untuk mengubah masyarakat dan negara itu harus bermula dengan perubahan individu.Seringkali amat sukar untuk mengubah sesuatu yang biasa kita lakukan kepada sesuatu yang jarang kita lakukan.Namun inilah pengorbanan yang di tuntut untuk melakukan perubahan kepada yang lebih baik. Biarlah perubahan yang kita lakukan itu sedikit tapi kesungguhan dan istiqamah itu lebih di nilai oleh Allah S.W.T. Dan sejak Kursus itu, saya menyimpan satu azam untuk berubah. ingin berhijrah kepada daerah kebaikan. InsyaAllah..Buruk kepada baik, baik kepada lebih baik, lebih baik dan berterusan! 

BERSYUKURLAH..

Saya amat gembira dan bersyukur kerana dapat menghadiri Kursus Etika ini, ternyata banyak pengalaman baru dan motivasi yang saya dapat sepanjang program ini. Jalinan persahabatan semakin mesra, fikiran mula berkembang untuk menilai sesuatu "Out Of Box". Nilai kepimpinan, kerjasama, toleransi, saling memaafkan mampu di terapkan. Selain itu, program ini mampu melahirkan mahasiswa yang tahu menghargai masa dan merancang masa depan.Sekalung Tahniah buat barisan jurulatih dan Fasilitator atas segala bimbingan!!

~SEDIKIT TITIPAN KENANGAN DI SANA ~













No comments:

Post a Comment