Monday, March 7, 2011

Asas Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Laporan Cheeseman
Laporan cheeseman merupakan antara langkah yang diambil oleh pihak British untuk membina semula sistem pendidikan di negara ini selepas pendudukan Jepun.Antara cadangan utama laporan tersebut adalah seperti berikut:
1.Kanak-kanak tidak perlu membayar yuran jika mereka menghadiri sekolah vernakualar di peringkat rendah.
2.pelajar di sekolah rendah berpeluang mempelajari bahasa inggeris.
3. sekolah menengah terdiri daripada dua jenis sahaja.
4. pendidikan vokasional seperti mana yang termaktub dalam laporan pelajaran 1938 hendaklah di laksanakan sepenuhnya.

Tujuan laporan tersebut adalah untuk membina semula sistem pendidikan .Selain itu, ia juga berhasrat untuk mengembangkan  setiap sistem persekolahan. Perpaduan kaum juga tidak disentuh langsung.
Walau bagaimanapun, syor-syor Laporan Cheeseman tidak dilaksanakan kerana kerajaan sibuk membina semula sekolah-sekolah yang telah musnah.

Laporan Barnes
Pada tahun 1949, Jawantankuasa Barnes ditubuhkan untuk menyatukan semua sekolah vernakular iaitu sekolah melayu, sekolah cina, dan sekolah Tamil.Laporan yang disediakan oleh jawatankuasa tersebut dikenali sebagai Laporan Barnes dan bertujuan untuk membubarkan sistem sekolah vernakular yang berasingan dan menggantikannya dengan sekolah kebangsaan bagi semua kaum. Sekolah tersebut akan menggunakan bahasa Melayu atau bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantarnya. Salah satu daripada bahasa tersebut akan di gunakan sebagai bahasa kedua.Bahasa Cina dan bahasa Tamil akan terus di ajar sebagai matapelajaran sahaja di sekolah. Rasional yang digunakan untuk menukarkan bahasa pengantar kepada bahasa Inggeris dan bahasa Melayu adalah untuk mencapai perpaduan di kalangan kank-kanak berbilang kaum.
Cadangan-cadangan utama yang lain dalam Laporan Barnes termasuk:
1. Pembinaan sekolah vokasional yang moden
2. Pembinaan maktab perguruan berasrama untuk pemegang sijil persekolahan
3. Penubuhan Jemaah Nazir Persekutuan
4. Penubuhan Penguasa Pelajaran Tempatan untuk mengembangkan pendidikan di sekolah rendah.
5. Di semua sekolah rendah kebangsaan, pendidikan adalah percuma bagi semua kanak-kanak tahun 1 hingga tahun 6. sekolah kebangsaan tersebut ditanggung oleh kerajaan dan lembaga pelajaran tempatan.
6. selepas sekolah rendah kebangsaan , pelajar-pelajar boleh melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah dan bahasa pengantarnya adalah bahasa inggeris.
7.kurikulum hendaklah menekankan matapelajaran seperti sains, seni perusahaan dan sains Rumah Tangga.

No comments:

Post a Comment