Tamadun.
Ibnu Khaldun mendefinisikan tamadun sebagai perubahan keadaan kehidupan kepada pembentukan penempatan tetap dengan pertumbuhan kampung-kampung, bandar-bandar dan negara sehingga menghasilkan sistem peraturan undang-undang pentadbiran, aktiviti ekonomi, penggunaan teknologi, aktiviti sosial, pertumbuhan budaya, seni dan lain-lain sebagai asas menikmati kerehatan di samping membangun penguasaan penyelidikan & Sains dan teknologi
Tamadun dapat di klafikasikan:
1. Tamadun berasaskan reavealed knowledge iaitu nilai yang di kemukakan Islam untuk manfaat kemanusiaan.
2.Tamadun At-Tajribiyyah (Pionership) rumusan utama yang dihasilkan daripada penerokaan ulama' terhadap tamadun klasik
3.Tamadun Islam bersifat sejarah atau negara(History or Nation Revilisation) iaitu sumbangan negara dan ummat Islam umumnya dalam menyumbangkan khidmat mempertingkatkan martabat kemanusiaan.
Objektif Asas pengajian Sejarah
a)Objektif pendidikan
b)Memahami Sunnah Allah mengenai pembangunan tamadun
c)Menganggapi, ciri asas sifat sejarah ummat manusia dan menetukan hakikat penting kehidupan ummat manusia.
d)Nilai kepentingan material
e)Memberi sempadan dan terjebak kepada penyelewengan dan salah tindakan.
f)Membina nilai akhlak baik seperti sabar menghadapi tekanan
g)Membantu perancangan masa hadapan untuk kecemerlangan
h)Membezakan kurun-kurun utama berbanding sebaliknya
Sumber Metadologi Penulisan dan kajian Sejarah dan tamadun.
a)Sumber menentukan ketepatan hakikat gambaran sejarah sejarawan memberi perhatian kepada aspek ini dan banyak terpengaruh dengan bidang ilmu hadith(mustalah hadith) membuktikan penulisan sejarah awal di dasarkan kepada sanad seperti tarikh at-tabary
b)Sumber pentafsiran peristiwa sejarah dan perumusan kesimpulannya. Dalam aspek ini terikat kepada sumber al-Syariah umumnya iaitu Al-Quraan, Sunnah, ijma' dan Qias, ini adalah kerana pentafsiran Islam terhadap sejarah adalah bertitik-tolak dari tasawwur Islam terhadap alam, kehidupan dan manusia.
c) Metadologi yang di letak Islam dalam penulisan dan penyelidikan sejarah adalah yang utama agar dapat memastikan manusia mengambil iktibar berasaskan kebenaran dan bukan sebaliknya.
Kesimpulan
Berasaskan gambaran ia memperlihatkan kepentingan sejarah kepada ilmu-ilmu usuluddin lain.Di samping pembelajaran dan penyelidikan sejarah di pengaruhi oleh sumber ilmu-ilmu usuluddin yang lain.
p/s: nota utk assignment group aku..
SUBMIT:MINGGU 10